Kursus Cuti Sekolah

'Aqil akan pergi ke kursus Belia 4B selama 3 hari dari 7hb - 9hb.Disember ini di jalan Sulit bersama-sama sepupu akrabnya shukri dan azraei. Aqil Nampak sangat sukanya, tak sudah-sudah tanya barang apa yang nak dibawa walhal dahpernah pergi pun tahun lepas di Seri Medan. Mungkin excitednya tu sebab sepupu dia ikut. Anas pula buat perangai sebab nanti dia takda kawan, masalah betul. apa pun mama harap Aqil dapat buat yang terbaik disana dan dapat timba ilmu yang amat berguna di sana.


KURSUS LAGI!!!
Suamiku pula pergi kursus, jauh pulak tu! Pulau Pinang, dari 2hb-7hb. Kat rumah sunyi lak tak ada dia, sebab suamiku suka melayan anak-anak. Anas tak sudah-sudah meragam sebab dia paling rapat dengan abahnya. balik-balik nak main badminton kat dewan. tak tau nak pujuk dia macam mana. Abangnya Aqil jadi sasaran, kena layan anas main PS. Kesian Aqil kena mengalah je..mainpun kena buat-buat kalah. Sebenarnya mama kagum dengan Aqil yang tahan kena marah dengan adik dan pandai sangat melayan adik!!


This entry was posted on 11:40 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: