Kalau tiada aral melintang pada 25hb.12.12009 Shahril akan bertunang dengan Yati. Keluarga akan berkumpul dirumahku di Parit lapis Maimon,aku dan suami insyaAllah akan menjadi wakil pada majlis tersebut
Hamizan dan Kamarul Ariffin akan melansungkan perkahwinannya. Dengar khabar Hamizan akan melangsungkan perkahwinannya pada Mac 2010 dan Kamarul Ariffin pula pada bulan Mei 2010. Harapan keluarga Allah akan merestui perjanjian dan penyatuan dua hati ini.
Alhamdulillah Firdaus telah selamat mendapat anak lelaki, semangat pulak tu4.5 kg. Walaupun anaknya lahir yang dalam kandungan hanya tujuh bulan, ibunya terpaksa dibedah kerana anaknya telampau besar. Keluarga mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana keluarga Pak Besar dan Mak Besar telah ada generasi ke 4, tahniah Firdaus.


Kursus Komputer

Kursus yang melibatkan 6 orang guru dan 6 orang pelajar amat memberansangkan. Walaupun agak meletihkan kami semua merasa seronok kerana dapat menimba ilmu dari guru yang amat berwibawa iaitu Puan Ayu Darlu pembantunya Cik Suhaili binti Suri





Keluarga yang amat memahami diriku. Aku amat berbangga dan bertuah kerana memiliki mertua yang understanding dan amat memahami diriku. Rasanya belum pernah dia memarahiku dan membanding-bandingkan diriku dengan ipar duaiku,malah apabila terbit masalah atau ada sedikit salah faham ibu-bapa mertua terus berdepan denganku atau ipar duaiku untuk mengatasi masalahku.
Aku amat berbangga apabila berjumpa dengan iparduai atau sanak saudara kami akan bersalam dan berpeluk-pelukan menandakan kami amat merindui antara satu sama lain


Kursus Cuti Sekolah

'Aqil akan pergi ke kursus Belia 4B selama 3 hari dari 7hb - 9hb.Disember ini di jalan Sulit bersama-sama sepupu akrabnya shukri dan azraei. Aqil Nampak sangat sukanya, tak sudah-sudah tanya barang apa yang nak dibawa walhal dahpernah pergi pun tahun lepas di Seri Medan. Mungkin excitednya tu sebab sepupu dia ikut. Anas pula buat perangai sebab nanti dia takda kawan, masalah betul. apa pun mama harap Aqil dapat buat yang terbaik disana dan dapat timba ilmu yang amat berguna di sana.


KURSUS LAGI!!!
Suamiku pula pergi kursus, jauh pulak tu! Pulau Pinang, dari 2hb-7hb. Kat rumah sunyi lak tak ada dia, sebab suamiku suka melayan anak-anak. Anas tak sudah-sudah meragam sebab dia paling rapat dengan abahnya. balik-balik nak main badminton kat dewan. tak tau nak pujuk dia macam mana. Abangnya Aqil jadi sasaran, kena layan anas main PS. Kesian Aqil kena mengalah je..mainpun kena buat-buat kalah. Sebenarnya mama kagum dengan Aqil yang tahan kena marah dengan adik dan pandai sangat melayan adik!!