Tanggal 7 Aril 2010 amat perit dirasakan apabila Doktor Kamal mendapati ada sesuatu yang tidak kena di perutku. Sebenarnya sudah lama aku menderita apabila datang period yang sakit dan bleeding yang tidak sudah-sudah dari penghujung tahun 2008. Sudah kerap aku berulang alik kehospital, klinik dan pharmacy. Apabila Dr. Kamal mengesyorkan aku mendapatkan rawatan di Putra specialist aku turuti dan akhirnya Dr. disana mengesahkan aku mengalami cyst dan fibroid, perlu menjalani pembedahan dengan segera.
Jasa baik Dr. disana membenarkan aku mendapatkan rawatan susulan di Hospital kerajaan kerana bukan duit menjadi masalahku tetapi aku lebih mempercayai Dr. Kerajaan. Dr. Hidayah mengesyorkan aku menjalani pembedahan pada 8hb. Jun 2010 ini dan aku setuju.
Aku rasakan seperti bermimpi betulkah aku akan di bedah? Makin lama aku makin merasa takut tapi dipujuk oleh suamiku yang begitu kasihan melihat penderitaanku. Pada kawan sekerjaku, Noraini aku begitu berterima kasih padanya kerana kerap menyuruhku berehat apabila kepenatan. Tak dapat bayangkan bagaiman kelam kabutnya Noraini apabila aku cuti sakit nanti
Pada suami, ibu-bapa mertuaku, anak-anakku, kakak-kakak, abang-abang, sahabat handai aku pohon doakan agar aku dapat menjalani pembedahan dengan selamat dan dipanjangkan umur, Amin!!!!!



Satu-satunya anak tunggal kepada Mak Uda dan Pak Uda melangsungkan perkahwinannya pada 2hb. Mei 2010. Kami keluarga UMMAH bersama-sama meraikannya agar majlis berjalan dengan sempurna. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.




3 dan 4.5.2010 yang lalu konvokesyen Afif di PICC di Putrajaya. 3.5.2010 bertolak dari Batu Pahat terus ke PICC, ambil jubah konvo. Handsome juga anak mama ni walaupun badannya agak besar. Siap daftar terus ke Puchong rumah Azam, rehat. 4.5.2010 sekali lagi ke PICC untuk majlisnya.Majlis yang gilang gemilang dan mama rasa berbangga dengan anak mama walaupun Afif tak berjaya dalam akademiknya. Mama yakin anak mama akan berjaya kerana sekarang pun Afif dah dapat banyak job berkaitan dengan fotografi.


ANAK-ANAKKU
Wahai anak rasa penat pula mamamu ini, bukannya mengeluh tapi ikhlas katakan kepuasan tu pasti ada, tiap-tiap hujung minggu bermula bulan April sehingga kini pasti tiada di rumah. 24-25.4.2010 kita sekeluarga pergi ke Rawang,Selangor hantar anak Mak Uda nikah dan sanding di sana. 1-2.5.2010 kita ke Mersing pula majlisnya di rumah Mak Uda. 3-4.5.2010 konvokesyen anak mama pula di PICC Di Putrajaya. Mama memang rasa penat ditambah pula dengan bebanan kerja yang tertangguh




Kalau tiada aral melintang pada 25hb.12.12009 Shahril akan bertunang dengan Yati. Keluarga akan berkumpul dirumahku di Parit lapis Maimon,aku dan suami insyaAllah akan menjadi wakil pada majlis tersebut
Hamizan dan Kamarul Ariffin akan melansungkan perkahwinannya. Dengar khabar Hamizan akan melangsungkan perkahwinannya pada Mac 2010 dan Kamarul Ariffin pula pada bulan Mei 2010. Harapan keluarga Allah akan merestui perjanjian dan penyatuan dua hati ini.
Alhamdulillah Firdaus telah selamat mendapat anak lelaki, semangat pulak tu4.5 kg. Walaupun anaknya lahir yang dalam kandungan hanya tujuh bulan, ibunya terpaksa dibedah kerana anaknya telampau besar. Keluarga mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana keluarga Pak Besar dan Mak Besar telah ada generasi ke 4, tahniah Firdaus.


Kursus Komputer

Kursus yang melibatkan 6 orang guru dan 6 orang pelajar amat memberansangkan. Walaupun agak meletihkan kami semua merasa seronok kerana dapat menimba ilmu dari guru yang amat berwibawa iaitu Puan Ayu Darlu pembantunya Cik Suhaili binti Suri





Keluarga yang amat memahami diriku. Aku amat berbangga dan bertuah kerana memiliki mertua yang understanding dan amat memahami diriku. Rasanya belum pernah dia memarahiku dan membanding-bandingkan diriku dengan ipar duaiku,malah apabila terbit masalah atau ada sedikit salah faham ibu-bapa mertua terus berdepan denganku atau ipar duaiku untuk mengatasi masalahku.
Aku amat berbangga apabila berjumpa dengan iparduai atau sanak saudara kami akan bersalam dan berpeluk-pelukan menandakan kami amat merindui antara satu sama lain